Friday, 11 November 2011

Resdung....

Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu den dongar. So sini den nak kongsi petua mencegah resdung.



Mula-mula, ada baiknya korang tau dulu apa itu resdung??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. :)


Baiklah, den teruskan dengan petua mencegah resdung;


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab...aku pun patut la bersin...rupanya si chimoq ni la...sian chimoq aku tu..takkan nak togelkan bulu dia






2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


3. Ringankan tangan korang untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi lebey senang yg mahal ler.




4. Kalau korang nak kemas umah, pakailah penutup hidung(mask). Bukan pakai ketika musim jerebu jer. :)...sambil main ngan anak2 jd ottomen..kalau tak der mask...pakai mask mainan anak2 pun boleh gak



5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak..kencing pun banyak gak la. Bagus juga kalau korang amalkan minum sup panas.



6. Selalulah lap muka korang dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam dengan bersih....muka pun ceria n segaq buagaq hokey.

Lebih baik kalau korang sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk la..kuman la...bakteria la..itu la..ini la...bla.bla..bla .....




7. Kalau korang jenis ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. :)..aku ni antu makanan laut..hish dok bayang ketam..udang.....sotong...haih....




Ok, sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau korang ada ahli keluarga korang atau kawan cium molot yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah korang share dengan diorang petua ni. :)

No comments:

Post a Comment