KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun “menderita” akibat fitnah yangdilemparkan oleh pelakon Nadia Mustafar, tahun ini pelakon Lisdawati telah mampu menarik nafas lega selepas dia menang dalam saman fitnah terhadap pelakon itu.
Antara yang paling pedih dan sukar dilupakan oleh Lisdawati apabila kes tersebut mengaibkan dirinya sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin.
Tanggal 15 Disember tahun lalu, yang juga jatuh pada ulang tahun hari lahirnya,dia berjaya menangkis saman fitnah terhadap pelakon tersebut.
Maruah yang tercalar bagaikan berbayar dan kini dia sudah mampu tersenyum lebar. Dia bukan sahaja memenangi saman tersebut malahdiperintahkan mahkamah agar Nadia membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa semua fitnah yang dilemparkan kepada saya di media sebelum ini adalah tidak benar.
"Cerita-cerita buruk yang dikeluarkan oleh Nadia itu telah menjatuhkan maruah danmenggugat karier saya.
"Disebabkan cerita itu, pihak syarikat yang mahu menawarkan saya sebagai duta produk sukar mengambil saya bekerja kerana mempertikaikan diri saya," kata Lisda dalam satu sidang media di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Jumaat.
Tujuannya mengadakan sidang media tersebut bukan untuk membalas dendam atau mahu mencari gaduh dengan Nadia sebaliknya mahu membersihkan namanya dan menutup kes ini secara adil.
Menyelak kes yang berlaku pada tahun 2003 itu, selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank.
Disebabkan tidak tahan dengan penderitaan tersebut, Lisda telah memfailkan saman pada awal 2005 di Mahkamah Sesyen di sini dengan diwakili oleh peguam Karpal Singh.
"Saya tidak mahu dilabel kaki gaduh, jadi sebab itu saya memberikan penjelasan ini.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur setelah penantian ini berakhir dan kebenaran berpihak kepada saya.
"Biarpun masalah ini telah selesai, hubungan saya dengan Nadia tiada masalah dan saya menganggap ia sebagai hubungan kemanusiaan," kata duta Slim World dan tuala penyayang She itu.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua anak ini sedang menyelesaikanpenggambaran drama Dia Bukan Maryam yang sedang disiarkan di TV9.
Selepas ini, dia dijadualkan terbang ke Mekah selama 14 hari di samping pengarah Erma Fatima, pelakon Fouziah Gous, Fazura, Fahrin Ahmad, Khatijah Tan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Selain itu, pada Januari lalu dia dan suaminya, Fauzi Nawawi turut dilantik sebagai duta kopi kesihatan.
Ni petikan aku copy ek dr sini :SINI EK
No comments:
Post a Comment