Wednesday 29 February 2012

Program Gedik2 Kurus

Semalam lepas balik keje......terus ke Mid Valley sbb dah buat appointment ngan Mayfair....pakai voucher yg rm29.90..tapi aku ni biasa la...mana cukup ngan voucher tu tambah lagi la treatment lain...tapi aku ambik treatment yg murah2 ja......hehehe...saja ja nak rewardkan diri....bagus betul la amoi2 Mayfair kat MidValley...aku penah baca blog kawan yg ada setengahnya kurang hajar la bagai..tapi kat situ bagus2 sgt...mesra...layanan yg terbaik...then tak der pun yg dok paksa2 ambik pakej diaorg ker apa....hurm.....pastu ramai ja org melayu kita yg buat treatment kat sana....mungkin kat situ layanan dia baik n bagus..tu yg ramai org masuk tu..sedangkan sederet ngan Mayfair tu ada banyak pusat pelangsingan lain mcm New York....Slimming Santuary la...mcm2 la yg len..xder org sgt pun.....hurm....jom la belasah gambaq....



Ni la...semalam dapat lotion tu yg harga rm69.90...sepatutnya dalam voucher dpt shower gel rm39.90....

Minum tea dulu 


Muka 2 yg tak sabaq nk buat treatment

Kami lagi
Hehehe...nak struglle la kurus balik mcm anak dara dulu...nak tgk tak aku dulu...huhuhu....

Cer teka aku yg mana...hehehe..yg tgh tu la....

Ni masa tahun 3 kat USM....heheheh....zaman cintan cintun
Ni xsilap 2003 sebelum konvo

Ni gambaq jaman muda2 2005 sebelum kawen

Saturday 25 February 2012

Oh Breacol.......

Erm..kan aritu aku ada post minta pendapat korang kan pasal ubat Batuk ni....kat link ni leh refer Obat Batuk ...aku main sambar ja kat Guardian semalam lepas makan Kari Kapla la...bukan sbb apa aku rushing...aku men tinggai ja kete tepi jalan....tapi ada la bebudak montel kat dalam tu....sorri no anim n wawa....hehehe....xsedap sgt la Breacol ni...tapi boleh la....habuan spare kat opis....kat umah aku dah beli dah kat Farmasi...yg ni habuan simpan kat opis.........thanks yer kawan2 yg bagi pendapat.....

Sorri yer meja opis aku sepah sikit.......try tgk Breacol ni ok ker tak

Friday 24 February 2012

Lagi..Lagi...Lagi....dan Lagi.....hahahaha

Ayoyo...karawale......aha.....kembali bersiaran.....biasa la...lunch ari ni lagi kat Kari Kapla Ike.....hehehe.....masuk ni dah 3 kali dah makan.....xpenah jemu...xpenah muak.....hahaha.....xmo ckp banyak..layan aja......


Ni ike Merah lak

Ikan tak gosok gigi

Ni dok goda Farid Kamil...

Awat la muka tembam sgt....dah mcm kapla ike ni dah

Ni la ketua yg dok perkenalkan kapla ike ni

Hok ni Mek Kelate..tetiba jatuh cinta ngan kari mamak

Aha..mamat ensem ni pun ada...dok makan sorang2

4 FAKTA TENTANG MATA DAN LiDAH

‎Baca  no kawan2

Fakta 1 :
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa…

Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 sudah pasti anda dengan segera mempraktikkannya

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 pula, anda akan tertawakan diri sendiri

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak ntah pape ni kepada geng2 anda yg lain untuk kenakan diaorang seperti yg anda terkena ni..

Sekian, terima kasih.....jgn marah aaaa....
SALAM CERiA BUAT SEMUA

Thursday 23 February 2012

Teringat Masa Yaya Casting Iklan tut tut

Tgh boring aku dok la godek2 pic lama2...hurm..leh gak ni masukkan dlm blog ni.....anak aku ni walaupun kecoh,brutal...tapi ada kalanya pemalu n nebes....hehehe....ni masa tahun lepas aku bawa dia pi casting satu iklan la...tapi tak dapat pun.....ramai yg tua2 dr diaorg ni....umur nak masuk ni 5-12 tahun......ok la kan..first time.....nebes rupanya si yaya ni bila depan camera...hahaha....

Ni tangkap dulu pic sebelum gerak ke studio kat ampang


Ni la mak2 dok sibuk isi borang....yg rambut panjang sebelah anak aku lelaki tau...kawan yaya n mak dia kawan aku...hahahaha....panjang kan rambut..macm Yong Shai Yuk..eh..entah la..lupa dah kungfu cina

Mak yg bz lebeih... :)

Posing kat luar dulu sblm audition

Hehehe.....

Sisi tepi

Hah...mula dah..nebes dia...penang baju la pulok

Seisi MengePAU Daddy

Semalam lepas pegi cehck up Adam utk 1 tahun 2 bulan terus la pegi makan kat IKANO....hehehe....jauhnya pi makan..biasa la...alang2 pi sana...wajib la ada seisi mengepau..aku tak pau apa pun..utk benda masuk perut jer aku bantai borong....anak2 aku biasa la...Toy r US la tempat diaorg....moh kita tgk acara mengePAU semalam...hehehe nasib semalam lum gaji..kalau dah gaji mau la penuh kete aku...huhuhuhu

Aha..pilih2 oi

Muka eppy dapat menan

Si kakak dok tawaf 4 -5 kali dok cari menan dia

Spidergurl....hehehe

Haih..tu menan budak2...hang tua dah kakak oi..no menan..beli utk yang belajaq yer

Hah..bukan men menan dia..men hak kakak punya jugak

Wednesday 22 February 2012

Ubat Batuk mana ek Bagus....Pls share ....

Erm....nak tanya korang..aku ni dah berminggu2 batuk...ubat klinik dah sebotol makan...xjugak lega2....huwaaaa.......rasanya nk try la ubat batuk yg tak der dadah mcm ubat klinik bg ni..asyik lalok ja bila telan....so geng..pls advise me tentang ubat 2 batuk yg elok...jap g nak pi beli la...

Ubat batuk cap ibu dan anak...


Ni la ubat klinik yg aku telan


Hok ni ok dak..Breacol


Ni mcm tradisional....Hurix Gamat



Hok ni jauh mai..dr afrika tu


Woods mcmana...ok tak??


Hok ni utk kahak....rasanya kena beli kot sbb aku ni banyak jer kahak


Geng...pls ek inform aku yer kalau mana2 ubat yg korang rasa ok :)

Monday 20 February 2012

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah




Sebelum itu..kite tengok dulu syarat-syarat untuk giveaway ni before tengok hadiah yang Wawa sediakan. Syarat-syaratnye simple je.
  1. Semua kawan-kawan boleh join giveaway ni. Tak terhad. Dan juga terpulang kepada individu berkenaan untuk follow blog Wawa atau tidak. 
  2. Tajuk entry mestilah "Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"
  3. Letakkan sekali gambar di atas.
  4. Kemudian, tinggalkan link u olls beserta dengan entry masing-masing di ruangan comment. 
  5. Tarikh mula giveaway ni pada 17hb February - 15 March 2012.. 
  6. Genap 12 mlm, 15 March 2012...giveaway ni akan tutup. :)
It's very simple rite? hehhe So..jom kte tengok pe yang Wawa sediakan. Untuk giveaway souvenir ni..Wawa akan kasi souvenir ni kepada 3 peserta yang bertuah. 3 peserta ini akan dapat barang yang sama. Mungkin bentuk dan juga rupa yang berbeza. hehehe Antara souvenirnya adalah :


Pertama :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
  • Uncang Cute.
Kedua :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
Ketiga :
  • Face mask from The Etude Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick

Semua souvenir ni akan dimiliki oleh peserta yang bertuah. So..jangan segan nye untuk join giveaway ni..hehehe 

Apa lagi..jomsss la join yer kawan2

Friday 17 February 2012

Mewarisi perangai turun temurun

Salam Pagi Jumaat...erk..nak tanya...korang penah tak mak ker nenek korang suruh cabut rambut gatai....garu2 kelemumur ngan cabut uban....aku kecik2 selalu kena buat semua benda tu kat mak ngan nenek aku....aha..sekarang anak aku lak punya turn buat semua tu kat aku...hahahaha..tapi dia garu2 ja kepala aku...bukan reti pun nak cabut rambut gatai...uban lagi la....so far ok lagi la rambut aku...uban tu payah la kot nak jumpa lagi..tapi tak tau la 2-3 tahun lagi...huhuhuu.....dulu aku paling tak suka bila mak aku bg pengepit uban tu suruh cari kat rambut dia..kalau tak cukup 10 tak leh main..hadoi....menangis2 xsuka kena paksa cari uban..now aku praktikan kat anak aku...hahaha....pastu dia mengeluh la...lenguh la..boring la..hurm..sama la mcm perangai aku masa kecik..iyer la..mana lagi mau taruk kuah kalau tak ke nasi...hehehehe

Tgk pic ni buat aku tergelak n teringat zaman aku dulu2 kena paksa ngan mama cari uban atau rambut gatal kat kepala

Thursday 16 February 2012

Jalan Bangsar jemsssssssssssss semalam sbb ni la...Piket Staff Maybank

Semalam patut la jalan jem...dr opis aku ke Bangsar jem giler vavis...haih...rupanya ada piket staff Maybank....pastu dah la ujan lebat lak tu.....haih.....okies la..jom layan berita ni....aku ambik sumber dr SiNi yer

Hujan lebat petang tadi gagal melemahkan semangat kira-kira 200 pekerja Maybank dan ahli kesatuan sekerja yang berhimpun Dataran Maybank di Bangsar untuk menuntut pihak majikan membatalkan penubuhan kesatuan dalam.NONEDengan berpakaian serba merah, ahli-ahli kesatuan itu mula berarak dari pejabat Kesatuan  Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) di Brickfields pada jam 3 petang tetapi tidak lama kemudian mendapati diri mereka basah kuyup akibat hujan lebat.

Namun, cuaca gagal mematahkan semangat mereka dan pekerja itu terus berarak sejauh dua kilometer dan sampai ke Dataran Maybank di Bangsar kira-kira 30 minit kemudian.

Pekerja-pekerja kemudiannya melaungkan kata-kata 'Maybank kejam', sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbunyi: 'Henti jadikan ahli NUBE mangsa', 'Maybank rompak pekerja Malaysia' dan 'Kami diberi gaji kecil'.
NONEPiket tiga jam, anjuran NUBE itu adalah sebagai membantah keputusan Maybank untuk memecat dua pekerja yang kebetulan adalah pegawai kesatuan bank berkenaan.

Maybank juga dilaporkan menggalakkan pembentukan sebuah kesatuan dalaman tahun lalu yang dianggap NUBE melanggar Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Sementara itu, Maybank dalam satu kenyataan petang tadi melahirkan rasa kecewa kerana piket berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar dan ketidak-selesaan kepada orang ramai.

"Maybank ingin tegaskan bahawa kedua-dua pekerja yang dibuang kerja itu adalah kerana tindakan mereka yang mencemarkan imej dan reputasi Bank.

NONE“Pemecatan itu tidak kena-mengena dengan kegiatan kesatuan, seperti yang didakwa oleh NUBE," kata Ketua Sumber Manusia Kumpulan Maybank Nora Abdul Manaf.

Menurut beliau lagi, kedua-dua pekerja yang dipecat itu diberikan cuti berbayar bagi urusan  kesatuan oleh Maybank untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland pada Jun lalu.

Bagaimanapun pada persidangan itu, kedua-dua mereka membentangkan sepanduk “Maybank rompak pekerja Malaysia”.

Hubungan Suami Isteri 18ssssxxxxxxXXXXXXX

INFO : HUBUNGAN SUAMI ISTERI


5 Masalah Seks Perlu Dirujuk Pakar

Hubungan suami isteri pastinya manis dan membahagiakan ketika fasa awal perkahwinan. Namun setelah masuk ke tahun-tahun berikutnya, satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa. Baik daripada kewangan, kesihatan, anak dan tidak terkecuali masalah melibat hubungan intim.

Jika masalah lain mungkin pasangan terbuka untuk berbicara tapi bila ia melibatkan urusan ranjang perasaan malu atau ego lebih menguasai diri. Masing-masing lebih rela mengunci mulut dan memendam rasa serta mengikut rentak yang ada kalanya sukar direncana.

Ada yang sanggup bertahan dengan keadaan ini bertahun-tahun lama daripada meluah dan mencari penyelesaian. Padahal masalah yang dihadapi sebenarnya amat serius dan perlu ditangani oleh pakar. Jika anda ternyata mempunyai masalah seperti di bawah ini maka anda sebenar memerlukan bantuan pakar atau kaunselor kerana ia serius dan boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga jika berterusan.

1. Seks Cetus Pertengkaran
Sering berselisih pendapat tentang posisi yang sesuai ketika bersama? Atau mungkin anda kurang selesa dengan layanan pasangan sewaktu berada di kamar tidur? Mungkin sudah beberapa kali isu yang sama dibangkitkan namun jalan penyelesaian masih belum kelihatan. Berhati-hatilah kerana bibit kebosanan mula bercambah. Sering bertengkar mengenai seks membuktikan anda memerlukan seseorang untuk rujukan dan tempat meluah perasaan. Bertindaklah dari awal bagi mengelakkan bahtera yang dikemudi karam di tengah lautan.

2. Cipta Pelbagai Alasan
Apabila pasangan mengajak duduk berdua-duaan dengannya dalam suasana yang romantik anda sering memberi alasan. Lebih-lebih lagi apabila niat untuk berhubungan meluncur laju dari mulutnya. Mulalah pelbagai cerita dicipta bagi mengelak dibawa ke ranjang.

Sekiranya hal ini berlaku sedarlah bahawa si dia menyimpan sesuatu di dalam hati. Ingatlah, bahawa seks adalah perkara yang menyeronokkan dan apabila ada alasan untuk melakukan, tidak mustahil telah berlaku sesuatu yang merencatkan keinginannya. Bersedialah untuk berjumpa dengan pakar terapi yang berpengetahuan agar masalah tidak berlarutan.

3. Cari Peluang ‘Makan Di Luar’
Tidak ‘bahagia’ dengan pasangan merupakan alasan yang sering dicipta untuk curang. Carilah punca sebenar dan jika seks jawapannya maka temuilah pakar terapi yang berupaya menyelamatkan rumah tangga anda. Praktikkan teknik serta ilmu yang diajar sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, tentu sinar bahagia ditemui.

4. Kecewa Sewaktu Berasmara
Ketika berhubungan, anda sering kali gagal menikmati puncak kenikmatan yang sepatutnya. Disebabkan itulah maka bila diajak ‘bersama’ sekali lagi, mood yang seharusnya gembira bertukar bosan.

Oleh kerana kasihan pada pasangan maka kemahuannya diturutkan sahaja. Sudahlah masalah itu tidak dibincang bersama malah anda pura-pura bahagia sewaktu berada dalam dakapannya. Usah berlengah lagi. Segeralah dapatkan bantuan pakar agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

5. Masalah Kesihatan
Ada pasangan yang mengelak untuk bersama pasangan kerana masalah seks yang mereka hadapi. Boleh jadi kerana masalah nafsu yang semakin menurun, disfungsi ereksi, ejakulasi pra matang, vaginimus, frigid, penyakit kelamin dan sebagainya. Masalah sebegini sememangnya memerlukan khidmat pakar jadi berterus teranglah agar pasangan memahami malah mereka juga sebenarnya dengan rela hati menemani anda menemui pakar.

info ni aku ambik dr  SINI ek...mohon share yer mama

Wednesday 15 February 2012

Kes kes Kelahiran Pelik Di Dunia

Kes-kes Kelahiran Pelik Di Dunia

Ni aku ambik info dr satu blog.....pelik la kan..tapi xtau la..betul ker tak...semuanya kuasa tuhan...so jom la layanzzz


Ibu Termuda Dunia (5 tahun)


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September, 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 May 1939.


Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walaubagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7kg.


Bayi Terkecil Dunia



Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 ounce. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.


Ibu Lelaki Pertama Dunia



Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui inseminasi buatan (artificial insemination).


Kembar Hitam dan Putih



Ini antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.


Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)



Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.


Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)



Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.


Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan



Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).


Ibubapa Hitam Dan Anak Putih



Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri.