Thursday 28 April 2011

Lepas kan hajat....

Semalam ambik cuti pegi cucuk adam....dah 7.4 kg dah anak den....ok ja time dia kena cucuk....tak nangis pun..biasa la...anak askar la katakan...lasak pun mcm askar......kejap jer...rupanya si Adam Rayyan ni dah 5 bulan....biasa la...bila dah nak bawa anak pegi klinik..mummy dia akan cuti...then abes la daddy n kakak pun ponteng gak keje ngan sekolah....apa lg....port lepak time keje ialah di KLCC.....bila kat KLCC ni memang la banyak abeskan duit...tujuan utama ke KLCC ialah mencari Elmo si Adam....tak la stok..puas mencari..kat Toy r Us la...Isetan tak der...last2 masuk parkson...jumpa la jugak menatang The Cookies Montser....tapi bukan Si Elmo..entah..adik beradik dia kot....comey kan...mata besaq

Ni la kawan si Adam Rayyan...The Cookies Monster



Bila dah dapat apa yg di idamkan biasa la...melantak time.....perut masing2 dah grok grek gork grek...lapau ler..dah kul 1.....apa lagi makan time kat food court KLCC...Si Alya ni biasa la...nasi ayam kat KLCC jer yg disuka...sbb ayam dia BBQ


Nasi Chicken Alya....huhuhu


Untuk mummy dia pulak...tara.....Mee Bandung Muar...ada daging gitu...pergh...mantops....satu set Mee bandung + Air =RM 5.90..murah kan...

Mcm ni ler rupa...semalam tak sempat ambik..dah abes baru teringat...huhhuhu



Dan si Daddy biasala..perut org kampung...makan nasi putih lauk kari aye....hehehehe....mamak stail.....erm...walaupun baru melantak tgh....kitaorg tetap akan beli Auntie Anne's....ni wajib tau kalau pi KLCC atau terserempak ngan ngan gerai makcik anne ni....hadoi..apa yg dia bubuh tatau la samapai lupa daratan...asyik dok ingat kat dia ja...tara....ni la peberet kitaorg dua banak

Sedap dimakan bersama dip caramel...nyum..nyum...

Haduh....sedap...den borong sampai 30 hengget semuanya utk 2 org makan...huhuhu....melantak jer keje semalam....mana tak demok....huhuu

Thursday 21 April 2011

BESAQ ke Kecik......

Suka belek2 blog kengkawan yg dah berjaya buang lemak2 tepu n diet yg menjadi.....aku ni dok cm tu gak..bila la nak jd mcm diaorg ni....nak workout malas pulak..abes bilanya nak kurus.....xmo ckp banyak...just layan jer la gambaq diorg yg berjaya dah kurus nih,......huwaaaa.......

Besaqnya dia masa ni
Tgk..dah lawa kan.... :)

Hidup baru selepas susut 112kg

Selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang disebabkan masalah obesiti, pelakon Syaniza Hisham kini sudah boleh bergaya dengan memandu kenderaan sendiri.

Syaniza yang lebih dikenali sebagai Syanie, 36, menjalani pembedahan pintasan perut di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini pada Mei tahun lalu sehingga berjaya menurunkan berat badannya daripada 240 kilogram (kg) kepada 128kg.

Bagi Syanie, keputusan menjalani pembedahan tersebut adalah tindakan yang memberi kesan paling besar dan cukup bermakna kepada hidupnya setakat ini.

“Dahulu saya selalu semput dan susah untuk bergerak malah kerap kurang tidur kerana oksigen tidak sampai ke otak.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat buat apa sahaja yang saya suka termasuk memandu kereta kesayangan saya,“ katanya.

Katanya, pembedahan yang menelan belanja RM40,000 itu bukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik tetapi menjadikan tubuhnya lebih sihat dan mengelak risiko penyakit yang selalu dikaitkan dengan obesiti.

Tuesday 19 April 2011

Mari Memasak..Laksa Utara

Laksa Utara...nyum..nyum..nyum....

Mari la memasak:

Bahan2:

Sekilo ikan parang/kembung direbus
dan diambil isinya dan dikisar halus
ambil air rebusannya
Laksa kering direbus
Sebatang mentimun
Daun selom
Bawang besar
Telur rebus
Cili padi/merah


Bahan untuk membuat kuah:

15 biji cili kering direndam
20 ulas bawang merah
Belacan sebesar syiling 50sen
1 ½ lengkuas muda
Daun kesum
Asam gelugur
Bunga kantan
Garam dan perasa secukupnya


Cara2 memasak:

1. Cili kering,bawang merah,lengkuas dan belacan dikisar halus.
2. Satukan dengan isi ikan dan air rebusannya.Tambahkan air mengikut kepekatan yang diingini.
3.Masukkan daun kesom, asam keping,bunga kantan,garam serta perasa.
4.Hendaklah dikacau sentiasa agar isi ikan tidak berketul dan kuah tidak meruap.
5. Masak hingga asam keping kembang dan secukup rasa.
6. Jangan biarkan kuah mendidih terlalu lama di atas api.


Cara2 menghidang:

Masukkan laksa ke dalam pinggan. Taburkan dengan mentimun,daun selom dan bawang besar yang telah dipotong nipis.Tambah telur rebus dan cili mengikut kesukaan.Enak di makan ketika masih panas.

P/S:Selamat mencuba ek..kalau dah try bawa mai sini sikit.... :)

Monday 18 April 2011

Hidung Badut....

Aduh tensionnya idup aku 2 - 3 hari ni.....hidung dah mcm badut......tekak perit.....ingatkan Si Adam ja demam sbb nak ringankan badan nak merangkak...rupanya mummy Adam pun sama...nak merangkak atas katil....huhuuu...gagahkan jugak datang keje dengan hidung yg merah menyala nih.....hadoi...rasanya hidung badut pun tak semerah idung aku....:)

Wednesday 13 April 2011

Baru sehari puasa...dah kepingin nak makan Pasemboq Penang!!!!

Isk...cakap banyak tak mo la time posa nih...apa yg aku tingin nak makan time berbuka ialah Pasemboq Penang....org kl pangge Rojak Mamak....isk....bila la nak balik Penang ni......erm...tgk gambar pun jadi la...


Ni aku ambik dlm tenet ja...

Pergh.....xtahan

Tuesday 12 April 2011

Hidangan Ikan Patin RM13,000??pergh.......

Terkejut den dongar radio Hot FM pagi td dlm kete....kecoh pasal Hidangan Ikan Patin sampai RM13,000...isk....mahal bebeno nih.....leh bayaq duit muka kete nih.....isk....leh la baca nak tau cita lanjut pasal ikan patin nih.....so lepas ni kaya la org yg meniaga ikan patin nih.....

Patin Masak Tempoyak
 April 11, 2011-Sumber Internet

KUALA LUMPUR, 11 April – Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, Pahang terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Seorang daripada kumpulan itu, yang dipetik Bernama Online dan enggan namanya disiarkan berkata, dia membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
“Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
“Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguat Kuasa Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Ni la dia ikan patin buah.....isk..besaqnya

Dapur Idaman Kelbu....


Bila la umah den nak siap ni....dah tak sabar dah nak duduk....antara yg paling penting ialah dapoq......bak kata orang....dapoq adalah jantung bg umah...iyer ker???huhuhu..entah la kan...lantak pi la...ni la antara dapoq idaman den:

Menarik kan

Tak tahan betul ngan colour merah ni

Ni dapoq sapa tah

Simple jer

Cantik kan yg ni.....wala

Lebey kurang mcm ni la...cuma den punya L shape...


Ni la yg menjadi pilihan hati den...tapi uolls tau...semestinya la colour merah hitam ...sbb umah den kocik jer....tapi ni simple sgt....ada la sikit lagi tambahan utk dapoq umah den....up sikit la dr design nih :)

Monday 11 April 2011

Tak Nak Jadi Mcm Ni....isk..isk..isk....

Mak ai...ni kena timbang kilo nih......




Isk...gerun beb tgk pic kat atas tu...kena la rajin workout kalo xmo jd mcm depa....gerun kan.....huwaaaa....kena start balik workout lepas deliver ni..hope tak naik dah weight lepas ni...kaki pun dah tak sakit...leh start balik la on weekend....

My Superhero

Superman

Ni la My Superboy.....
Geng Adam

Teloq Tiruan...

Ni Contoh teloq tiruan.....


PERBEZAAN TELOQ BETOI NGAN TELOQ PELSU

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.
p/s Teloq Ayam telah Ditiru2kan, camne Dengan teloq Anda ?

Friday 8 April 2011

Yeeehaaaa!!!!!!!

Suka aku bila dok menghitung hari...tup...tup dah masuk ari jemaat....esok leh mangkit lambat sikit.....ye la kan.....leh cover tidur yg tak cukup tuh.....TAPI...boleh ker???anak2 aku ni jenis yg bangun awal tgk cartoon...adusssss......rosak program mummy n daddy nak "mengeram lagi"....biasa la...budak2 ni kalau dah bangun buka cartoon kuat2 then lapar la...itu la..ini la....hadus...apa pun yeeehaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Thursday 7 April 2011

Cian Si Chimoq

Si CHIMOQ


Comey tak si Chimoq ni???Sian dia sejak ada adik kecik ni.....dah kurang kasih sayang dr tuan dia....almaklumlah dia dah dapat adik baru.....si Adam Rayyan....biasala tuan dia BIAS kat Chimoq...tak pa Chimoq..nti Mummy akan carikan BF baru utk Chimoq....so sabaq no!!!!

My Lovely People Around Me

KeSaYanGanku.....

My Sporting Hubby, My Sweets Adryana Alya n My Superhero Adam Rayyan

Alhamdullillah...sumber kekuatan aku dr insan2 yg aku sayang...I luv u all.......muahsss.....muahsssss......:)

Wednesday 6 April 2011

Untuk pertama kali....

Hi,

Yes...utk pertama kali nak jugak mak buat blog sendhiri....so u all pls la support my blog ok....espesially my dearest pamily n prenzzzz..... :)