KUALA LUMPUR – Nampaknya, perang ‘puting beliung’ antara Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha Abd Radzak masih belum reda apabila Zaquan membalas balik ‘fitnah’ yang disebarkan oleh Rita di Twitternya semalam.
Zaquan di dalam laman Twitter miliknya, menasihati pelakon wanita itu agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perbuatan yang tidak ‘senonoh’ terhadap seorang wanita.
Pemain bola sepak negara itu juga memaklumkan tuduhan yang di tulis dalam laman Twitter Rita adalah satu unsur yang berbaur ugutan bertujuan untuk memalukan dan mengaibkan dirinya sebagai seorang yang dikenali umum.
“Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.
“Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa,” kata Zaquan yang dipetik dari mStar Online.
Namun, buat diri Zaquan, dia enggan memberi sebarang komen berkaitan dengan isu pergaduhan ini memandangkan hal ini boleh memburukkan lagi keadaan keluarga mereka yang sudah sedia maklum ‘kucar kacir’.
“Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini, orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.
“Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh,” kata Zaquan.
Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal membalas setiap entri dakwaan ‘fitnah’ di Twitter itu kerana keadaan ini mengundang suasana ‘panas’ buat pihak tertentu.
Semalam, tiada angin tiada ribut, kecoh apabila Rita dan Zaquan dikatakan berperang ‘sindir’ di Twitter masing-masing yang berpunca dari hanya sapaan mesra antara Rita dan peminat-peminatnya.
Rita yang ‘bengang’ dan marah apabila adik iparnya mencelah secara tiba-tiba, berani untuk berkata-kata dengan menyebarkan ‘fitnah’ tentang diri Zaquan kepada umum.
Pelakon wanita yang banyak mencetuskan kontroversi ini juga turut menyelar pihak-pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya termasuklah cubaan untuk meruntuhkan mahligai yang dibina ini hinggakan tahap kesabarannya di cabar.
Justeru itu, Rita yang sedikit sensitif tentang isu ini, mendedahkan pelbagai perkara yang tidak diketahui umum termasuklah mengisytiharkan ‘perang’ untuk membongkarkan ‘rahsia’ yang dia simpan selama ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI
psst:aku ambik dr blog ni yer sini
No comments:
Post a Comment