Mama melayan cucunya |
Si Hang Li Poo dok menggedik...apa lg..Hang Tuah pun sama la....dok melonjak2 nak gedik sama |
Bangga daddy si Adam ni org pangge anak dia Hang Tuah...dia tak hengat anak dia buas giler |
Hang Tuah yg nakal |
Hang Li Poo yg boncit |
Korang nak tau apa yg mama buat utk akak dgn dengan my hubby.....tara...bubur pulut hitam........air tangan mama......sedap beb...abes satu deret2 jiran menyebelah aku bedak....berbalas jugak lah bekas makanan diaorg.....hehehehehe....sambil tu jom layan gambaq bubur n kongsi resepi ngan korang....
Dah tinggal separuh baru nak ingat ambil gambaq |
Ni dia...i punya hokey |
Bahan2
300 gm Pulut Hitam
1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka) 1 tin santan
1/2 cawan gula pasir
daun pandan (kalau ada)
segenggam sagu (kalau suka)
susu segar
sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara Rendam pulut hitam semalaman
Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
Masukkan daun pandan yang disimpul.
Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
Akhir sekali, masukan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.
No comments:
Post a Comment