Thursday 21 April 2011

BESAQ ke Kecik......

Suka belek2 blog kengkawan yg dah berjaya buang lemak2 tepu n diet yg menjadi.....aku ni dok cm tu gak..bila la nak jd mcm diaorg ni....nak workout malas pulak..abes bilanya nak kurus.....xmo ckp banyak...just layan jer la gambaq diorg yg berjaya dah kurus nih,......huwaaaa.......

Besaqnya dia masa ni
Tgk..dah lawa kan.... :)

Hidup baru selepas susut 112kg

Selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang disebabkan masalah obesiti, pelakon Syaniza Hisham kini sudah boleh bergaya dengan memandu kenderaan sendiri.

Syaniza yang lebih dikenali sebagai Syanie, 36, menjalani pembedahan pintasan perut di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini pada Mei tahun lalu sehingga berjaya menurunkan berat badannya daripada 240 kilogram (kg) kepada 128kg.

Bagi Syanie, keputusan menjalani pembedahan tersebut adalah tindakan yang memberi kesan paling besar dan cukup bermakna kepada hidupnya setakat ini.

“Dahulu saya selalu semput dan susah untuk bergerak malah kerap kurang tidur kerana oksigen tidak sampai ke otak.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat buat apa sahaja yang saya suka termasuk memandu kereta kesayangan saya,“ katanya.

Katanya, pembedahan yang menelan belanja RM40,000 itu bukan untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik tetapi menjadikan tubuhnya lebih sihat dan mengelak risiko penyakit yang selalu dikaitkan dengan obesiti.

No comments:

Post a Comment