Sapa ada bau badan? Sapa yang tak perasan badan dia ada bauuu??? Auwww...kekeke..cuba kita renungkan sejenak, sesapa pernah alami situasi berada di kawasan awam cthnya dlm lift..tetiba terhidu bau badan yang menyucuk hidung... agak2 sampai nak pintam.. terutama cuaca panas dan bila dah habis office hour.. mmg tak tahankan..
Ok, sblm tu meh kita fahamkan sejenak maksud BAU BADAN ni.. biar kita semua semak balik, kita2 ni tergolong dlm golongan orang yg berbau tak..kekeke...
BAU BADAN ni sebenarnya adalah:-
1) Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yg menyebabkan badan berbau
2) Bau badan jugak banyak dipengaruhi oleh pemakanan kita seharian cthnya bawang putih, kari dan benda2 yang mempunyai bau yang kuat
Jadi kepada sesiapa yg rasa2nya ada bau badan, cuba elakkan makanan yang boleh membuatkan masalah kita makin teruk.
Siapa yang cenderung nak kene BAU BADAN ni?
1) Sesiapa sahaja blh kene bau badan ni
2) Mengikut kajian, kaum lelaki lbh cenderung utk kene bau badan, tapiii..pompuan2 kat luar sana jgnla rasa selamat pulak..ramai sebenarnya kaum pompuan pn mengalami masalah ni..
3) Masalah berat badan berlebihan
Apakah kaedah untuk mengurangkan bau badan ni??
1) Kerapkan mandi terutama selepas badan berpeluh
2) Selalu menukar pakaian kpd pakaian bersih
3) Pilih pakaian yg diperbuat dari bahan semulajadi contohnya kain kapas dan sutera bkn dari kain sintetik
4) Mencukur bulu ketiak
5) Kurangkan pengambilan bawang putih dan kari
Apakah cara rawatan utk mengatasi masalah bau badan ni:-
1) Gunakan sabun antibakteria
2) Gunakan deodoran antibakteria