Friday, 4 November 2011

Salam Aidiladha



Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam.....tentunya semua akan pulang berhari raya dikampung kan....huwaaaaa....aku yg tak balik.....padahal cuti 3hari.....bukan xnak balik...TAPI atas sbb tertentu...terpaksa la berkorban....hehehe..xpa..nti bulan 12 nak balik lagi.....sedih betul...aku kesorangan ja...."pulau" area meja aku semua kosong..yang sebelah sana ada la 3 org...yg lain semua dah bercuti balik kg....tgk la...

Hah tgk...satu kepala pun xder....hadoi...sedih n sayu mak.....
Hari ni terpaksa la bekfas sensorang melantak nasi lemak kerang yg hubby aku beli td..kalau tak mesti meriah bekfas ngan geng2 joyah....so sambil2 tu akak layan la lagu dok gedik sorang2 nk ilangkan rasa bosan tanpa kawan....mak bukan xnak cuti..tapi simpan ja cuti..kan bulan 12 ni mak nak cuti panjang nak pindah umah baru n jalan2 makan angin n buang angin....hehehee.....eh sambil tu....jom kita tgk...apa ertinya raya haji or raya korban.....

Pengertian Raya Haji

SALAH satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Ibadah korban bermaksud menyembelih haiwan seperti kambing atau lembu sesudah solat sunat Aidiladha sehingga hari tasyrik iaitu hari ketiga sesudah 10 Zulhijah.
Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis telah mengungkapkan, orang-orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:
‘‘Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?” ujar sahabat.

‘‘Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim,” jawab Rasulullah.

‘‘Apakah keuntungan korban itu untuk kita?” tanya sahabat lagi.

‘‘Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah),” jawab Rasulullah.

Menurut Syafii hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan terutama umat Islam yang berada di kampung halamannya sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya).
Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua orang anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kepadaNya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah.
Allah berfirman dalam surah Al- Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu.” (Haabil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.Maka takala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengan-Nya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyebelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah,ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga hanya untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.
Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan antara manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhannya) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban inilah terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.
Berpandukan daripada kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan bahawa keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan ‘darah’ atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana Ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan. Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat dan bahawa kita adalah hamba-Nya yang sentiasa memerlukan bimbingan-Nya. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan baik amalan sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa.
Bila pengorbanan binatang ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai oleh sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, demi keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai oleh Allah.



Umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dalam beberapa hari lagi. Bagi kaum Muslimin yang berkuasa menyembelih korban hendaklah melaksanakan tanpa ragu-ragu sebagai usaha untuk bertaqqarrub atau memerdekakan diri kepada Allah. Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, dapat disimpulkan bahawa amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai satu ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.
Oleh Mohd Shauki Abd Majid
Pengurus Penyelidikan YADIM.


so sebagai umat Islam..kita haruslah paham akan maksud Hari Raya haji atau Hari Raya Korban....bukan dok ingat lembu ngan kambing ja tau.....so sini mak letak la sikit entry pasal aktiviti korban dijalankan dan disambut oleh semua umat Islam....tambah2 kat Kelantan n Kedah..cukup meriah....huwaaa...tingat lagi mak kat kg....mama...miss u....huhuhu..so jom kita layan pic ni dulu

Lembu diikat utk proses pemyembelihan...kalau tak ikat jenuh kena flying kick  la...hahaha....seringkali terjadi time korban ni..lembu terlepas lari...hahahaha....


Setelah selamat disembelih.....lembu akan dipotong mengikut bahagian atau tompok masing2 dah selebihnya akan diagihkan pada umat Islam dan juga dibuat kenduri..masa ni paling best.....tgk lembu dilapah


Dan masing2 akan bergotong royong utk memotong daging...best kan....semua bersatu padu dgn ikhlas sambil2 berjoyah memotong daging...hahaha..xkesah la..apa yg penting...kerjasama....bak kata wonderpet


Dan akhirnya...ini la yg ditunggu tunggu...ehehehe...sup gearbox....mabelossss u


Huwaaa...ni lama xmakan...kalau belah utara akan dimakan bersama nasi daging + daging bakar +air asam terangkat buntot...perghh......

Ok la semua.....cukup takat ni......kalau i boring....akan ada la entry selepas ni no....so sini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha..... :)..hati2 yer nak balik ke kampung....

Wednesday, 2 November 2011

Tetiba lak aku jatuh hati pada hero macho n ensem serta smart..............

Hish..mesti korang pikir yg bukan2 kan..hahaha....isk..biaq pi la kan..nak pikir apa pun...sebenaqnya mak dah jatuh ati la ngan hero macho ni...isk...macho sungguh....hurm.....dulu mak penah couple ngan sekejap ja ngan cousin hero ni....dlm 2 tahun lebih mcm tu la..tetiba....muncul lak hero ni yg mungkin n bakal couple ngan mak...haishh...mengada2 la ko ryna...meh sini mak tunjukkan hero yg berjaya menambat ati mak....syuhss....jgn bising tau..kang hubby mak tau merajuk dia.....hurm....nak tgk..ok la...mak tunjuk ek.....



I malu nak ambik gambaq ngan dia....nebes....huhuhu
Encem kan dia.....ni la....bakal jadi pak we mak...tak tau la..dlm planing nak ganti balik  pak we mak yg lama....
Smart kan

Ni aku nak tunjuk gambaq pak we lama aku dulu ngan cita sikit sejarah dia:

hehehe...tu la pic bf aku dulu....yg merah menyala tu....

Ni pic bf aku ngan si yaya masa ni dia umo setahun lebih kot....
Sedih aku bila tgk gambaq bf lama ni..huwaaaa.....miss u la My Red Cheery...sempat pakai dlm 2005..dr jaman bujang sampai la yaya umur dlm 2 tahun lebih.....tu pun dah bulan Disember 2005 sampai bulan August 2008...hish...aku adapat kete ni setelah booking 6 bulan..tak silap 15hb Disember kot aku dapat kete ni..then 25 Disember 2005 aku dah kawen.....hehehe..kejap ja pakai time bujang....coz tunggu time booking tu lama sangat....actually ni kete kawen aku....sempena duit hantaran aku dulu la....abes separuh hantaran aku guna untuk bayar downpayment ngan booking dia....dlm rm6k hokey...hish...balance tu aku makeup sikit dia..hahaha...yg len baru la aku guna beli brg lip lap lip lap anak mami.....hurm...pastu pakai jap dlm 2 tahun lebih mcm tu hubby aku gatal lak nak tukar mpv nak kasi hadiah besday aku ngan cik citra tu....so dia trade in la My Red Cheery aku ni ngan My Black Bad Boy NAZA CITRA yg aku pakai sekarang...hurm...so tahun ni dia janji nak couple kan aku balik ngan My Yellow Mellow for second car.....amin...semoga yg diidamkan dapat la tahun ni....amin..amin... :)

Tuesday, 1 November 2011

Jom Gossip.....hehehehe

Lisdawati menunjukkan surat mahkamah berhubung kemenangannya dalam saman fitnah terhadap Nadia Mustafar
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun “menderita” akibat fitnah yangdilemparkan oleh pelakon Nadia Mustafar, tahun ini pelakon Lisdawati telah mampu menarik nafas lega selepas dia menang dalam saman fitnah terhadap pelakon itu.
Antara yang paling pedih dan sukar dilupakan oleh Lisdawati apabila kes tersebut mengaibkan dirinya sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin.
Tanggal 15 Disember tahun lalu, yang juga jatuh pada ulang tahun hari lahirnya,dia berjaya menangkis saman fitnah terhadap pelakon tersebut.
Maruah yang tercalar bagaikan berbayar dan kini dia sudah mampu tersenyum lebar. Dia bukan sahaja memenangi saman tersebut malahdiperintahkan mahkamah agar Nadia membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.
"Saya ingin jelaskan di sini bahawa semua fitnah yang dilemparkan kepada saya di media sebelum ini adalah tidak benar.
Lisdawati bahagia bersama suami dan anak-anak.
"Cerita-cerita buruk yang dikeluarkan oleh Nadia itu telah menjatuhkan maruah danmenggugat karier saya.
"Disebabkan cerita itu, pihak syarikat yang mahu menawarkan saya sebagai duta produk sukar mengambil saya bekerja kerana mempertikaikan diri saya," kata Lisda dalam satu sidang media di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Jumaat.
Tujuannya mengadakan sidang media tersebut bukan untuk membalas dendam atau mahu mencari gaduh dengan Nadia sebaliknya mahu membersihkan namanya dan menutup kes ini secara adil.
Menyelak kes yang berlaku pada tahun 2003 itu, selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank.
Disebabkan tidak tahan dengan penderitaan tersebut, Lisda telah memfailkan saman pada awal 2005 di Mahkamah Sesyen di sini dengan diwakili oleh peguam Karpal Singh.
"Saya tidak mahu dilabel kaki gaduh, jadi sebab itu saya memberikan penjelasan ini.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur setelah penantian ini berakhir dan kebenaran berpihak kepada saya.
"Biarpun masalah ini telah selesai, hubungan saya dengan Nadia tiada masalah dan saya menganggap ia sebagai hubungan kemanusiaan," kata duta Slim World dan tuala penyayang She itu.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua anak ini sedang menyelesaikanpenggambaran drama Dia Bukan Maryam yang sedang disiarkan di TV9.
Selepas ini, dia dijadualkan terbang ke Mekah selama 14 hari di samping pengarah Erma Fatima, pelakon Fouziah Gous, Fazura, Fahrin Ahmad, Khatijah Tan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Selain itu, pada Januari lalu dia dan suaminya, Fauzi Nawawi turut dilantik sebagai duta kopi kesihatan.
Ni petikan aku copy ek dr sini :SINI EK

Rest2 kat A Famosa Resort...yehaaaaaaa

Come one  come all  Join the Felicitous Halloween Party at CowBoy Town   A Famosa Resort at only RM25




Hi Semua.....saja ja nak cita pasal our weekend holiday kat A Famosa Resort Melaka...selalu dok balik kg tapi tak penah singgah pun...so this is our first time datang sini...We decided to take A Famosa promotional package as it is much cheaper than the usual rate. But the promotion comes with one condition which is, we have to choose nak ambik Waterworld ke animal Safari or Cowboytown....hurm...minggu lepas nya weekend dah pegi picnic kat Kemensah....so leh    refer entry my prend si anim ni......Picnic at kemensah......so malas la aku nak berendam mcm badak lagi...so i n my hubby decide la ambik Cowboy town...yehaaaaaa......dah tua2 baru nak gedik jadi cowboy.... Well,jap lagi uolls leh tgk la pic kitaorg masa kat situ....hehehhee....




Yeay....dah sampai dah....


Sepanjang jalan masuk ada ja pumpkin ni....hehehe...


Yahoo..tonight enjoy Halloween Party


Posing jap sementara tunggu Daddy Check in Hotel


Terjah bilik dulu....baring2 n golek dulu baru pi lunch Asam Pedas.... :)


3Banak tgh jalan nak ke Cowboytown....bagus gak hotel ni..dekat ja  nak masuk situ...so jalan kaki aja


Lajunya daddy oi...tinggai mak kat belakang ni oiii..yg anak dara tu dok jalan sambil dok gedik2



aha.....dah pasang lampu lip lap lip lap


Ambik gambaq jap ngan antu2 kak pon..hehehe...si yaya lari tak nak ..takut katanya


Show kat depan entry tu....best gak


tgk anak dara tu..nak ambik gambaq ngan elephant tu berapa kali dia dok pusing tgk..takut katanya dia lenyek yaya....ekekeke


Cowgurl la kunun


Keteapi....tut...tut...


Jgn terkejut..antu gak yg bawa tau....


3 banak kesayangan hamba :)


Ada gaya tak ??




Red Indian dah statrt show api n sembur2...


Badut senget


hah..antu2 dah kuar.....


Seyes giler bini dracula ni...


Ni antu zombi kot


aha...tgk dah berani dah...semua abes antu yg lalu dia salam


ni la cowboy encem ....ehehehe..comey.....baju tu baru beli kat Nilai 3.......daddy kata nak kena beli baju santai kat anak jantan dia..so beli la baju hawai ni...




Show tu banyak tunjuk orang main/makan api. Ala-ala Red Indian punya life. Lepas tu ada parade. Ada tarian, animals talent & macam-macam lagi. Masa parade tu binatang ada, models ada, pondan pun ada. Eeee.. geli makcik tengok guys yang ada misai siap pakai bra dengan panty je. Sib baik Cina. Kot Melayu, makcik dah muntah darah kot. Paling best, persembahan diorang ended with firecrackers show. Cantik.Kebetulan masa kitaorg pegi ni diaorg celebrate Halloween Party..apa lagi..manyak la antu2 berkeliaran sana sini..paling best banyak antu kak pon...huhuhuhu...tapi best la la...enjoy..si antu2 ni lak suka sgt la mengusik budak2 ni...tambah dok usik yaya...mula2 takut gak dia....lama2 dah berani....jom la kita layan lagi gambaq




Pewot kenyang lepas Bekfas....


mcm tingin nak naik beskal ni..TAPI...huhuhu...


Bilik Hotel kitaorg...opss...yg kitaorg tompang ja hokey...


Sblm balik..sempat ja si kentang ni layan kartun sambil gentel busyuk


gambar kenangan kitaorg...nti leh pi lagi...

Keje 2 budak notty time mummy zzZZzzZZ....

Hadoi....ni la keja 2 budak notty time aku ter zzZZzz...isk..abes sepah umah...digemburkan abes mainan....terkujat mak bila terbangun ja dr zzZZzz.....mak ai....sukanya 2 org ni...dok bergelak tawa mengekek gelak....main gembur2 n koyak2 kertas....harp.....mummy puk tangan kang...sapa suruh sepah2 ni..leh lak diaorg gelak...sikit pun tak heran..masih lagi dok suka ria...hish....tu la..yg si mak pun lena sampai tak sodar anak2 dok sepah....lotih bebenor la kunun....hahahaha...meh layan tgk 2 org bebudak notty ni punya angkara...mendeco umah...


Kena marah pun leh lg sengih2 si kakak tu..si adik lagi la..xdak perasaan pun....huhuhu


hadoi.....ni baru terlelap 5 minit...kalau 5 jam kalu..mau jd  apa tah umah...haih...