Showing posts with label Entah. Show all posts
Showing posts with label Entah. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

Yuhuu.......i'm back

Salam semua.......tetiba ja aku diam kan.........hurm....aku ni tak menepati janji kan...bukan apa....sejak aku pindah tempat keje baru ni semua internet kena blok....tu la punca aku xupdate blog lama tj...haish......pakai playbook ni leceh sikit.....nti aku story kt mana tempat kje aku yg baru.....betul2 tempat pelaburan duit.....haish..... Ok la..rindu kt i kan....hehehehe

Monday, 18 June 2012

Adus.....rindunya aku berblog.......

Salam semua......dah lama kan aku menyepi.....rindu sgt ngan blog ni.....bukan apa....banyak sgt halangan dan dugaan yg aku hadapi......rindu ngan kawan2 blog semua.....insyaAllah....Aku akan cuba mengupdatekan blog ni setiap ari.....erm...korang rindu tak kat pretty ryna?.....hehehehe.....meeting rindu kan....huhuhu...aku pun rindu sgt ngan korang.....

Monday, 7 May 2012

Ujan di Pagi Senin.....

Beshnya kan ujan pagi2.....malas tul nak bangun.......sejuk jer...tapi apakan daya..kena kerja..huwaaaa.......yg beshnya ujan ni nyaman ja tidur....tapi kalau pagi2 ujan...susah lak nk pi keje...jalan jem....ari ni aku kuar kul 6.45 dr umah....sampai opis kul 8.10...gilos kan...selalu 7.20 dah sampai.....hurm....kete rosak la...banjir la....xcident la....tu semua la punca jalan jem......ari ni yg bestnya...walaupun aku sampai lambat...still lagi dapat parking free...selalu 7.30 parking free ni dah abes...ari ni 8.10 still ada 127 lagi kosong....hehehe...itu la...rezeki dipagi senin....n aku masih di Cygal.....sepatutnya dah move ke Semua House....bos lum bagi arahan...so lepak la kat Cygal lg :)

Saturday, 5 May 2012

Hehehe....comey dak

Suka betoi aku beli benda pelik2 ni....ehehehe....ni aku jumpa termos hello kitty......comeykan.....


Monday, 23 April 2012

Proton Preve....pergh.........




Yezza.....ni hah info pasal kete baru Malaysia...Proton Preve...pergh..memang superb la....Kete ni telah dirasmikan Majlis Pelancarannya oleh Datuk Najib kita dan akan berada di jalan raya tak lamailagi...haish..kalau la duit aku banyak..dah sambaq dah....





















Waduh....memang tergoda lah.....proton preve memang superb. Tengok je gambar kat atas, dah boleh buat air liur meleleh! Dan nampaknya kereta terbaru ni berjaya menepati konsep 'elegan dan selesa' yang ditetapkan pihak proton. Kereta ni disasarkan bagi mereka yang dah berkahwin yang berumur 20-40 tahun ke atas. Tapi kalau dah mampu, tak payah kahwin pun, beli je le. Peduli apa dengan sasaran tu kan? Hehe. 

Kereta ni didatangkan dengan 3 jenis iaitu 1.6 CTV premium, 1.6 executive cvt, 1.6 executive 5 (kelajuan manual). Harga proton preve :

RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic)
RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT)  
RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual)

Jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan.












Adus...smart kan...xpa la...kalau ada rezeki lebih bolehla..dah la nak pakai yellow mellow tak kesampain gara2 make my baby black...hurm....amin...

Tuesday, 17 April 2012

Comeynya Bas Sekolah Depa.....

Sukanya aku tgk bas sekolah ni....kalau aku kecik2 dulu mesti xcited kan nak pi sekolah kalau la ada bas sekolah mcm ni kat Malaysia....ehehehehe comey kan...ni kalau anak aku si Yaya mesti suka jugak ni..tambah2 kalau bas ni colour pink... :)..jom layan...pelik2 semua

 

































Tuesday, 10 April 2012

Berasmara dana time hangat!!!!


Asmaradana bawah mentari



Gambaq ni aku ambik dr Pakcik Google ek....contoh SAHAJA OK



BANGI: Dalam kereta yang kecil serta panas terik matahari, tidak menghalang pasangan kekasih asyik bercumbuan di kawasan parkir di Taman Tasik Cempaka, di sini.
Itu antara situasi pasangan kekasih yang dikuasai nafsu di kawasan riadah berkenaan. Dengan sebahagiannya lengkap berpakaian seolah-olah bekerja, beberapa pasangan terbabit bercumbuan dalam kenderaan tanpa menghiraukan orang sekeliling yang berada di situ.


Ani Saad, 53, berkata beberapa kenderaan berada di kawasan parkir seawal jam 11 pagi sehingga jam 5 petang memandangkan kawasan itu lengang dan sunyi.
“Dulu pernah pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan tangkapan. Oleh itu, tiada lagi pasangan kekasih berani datang ke sini untuk memadu asmara.


“Namun, sejak kebelakangan ini, mereka mula datang, berkelakuan tidak senonoh seperti berpelukan dan bercumbuan, malah ada yang melakukannya di pondok rehat pada siang hari,” katanya.


Menurut Ani, lebih memalukan apabila hampir semua pasangan itu terdiri daripada Melayu dan wanitanya pula lengkap bertudung.

“Saya pernah melihat lelaki yang dengan selamba memasukkan tangan atau kepala mereka di dalam tudung wanita terbabit.


“Malah, ada antara mereka bersikap kurang ajar dengan mengherdik pekerja pembersihan yang menegur perbuatan tidak bermoral mereka,” katanya.




Tinjauan Metroplus selama dua hari di kawasan itu bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang baru-baru ini, mendapati lebih kurang 15 kenderaan diletakkan di situ pada waktu berlainan sebelum beredar keluar selepas 30 minit.


Pekerja pembersihan yang mahu dikenali sebagai Samad berkata, dia dan rakan sekerja pernah menemui seluar dalam dan kondom yang sudah digunakan ketika membersihkan kawasan.


“Kami percaya mereka melakukan perbuatan itu pada waktu malam terutama pada hujung minggu,” katanya.


Bagi pengunjung, Samsiah Ali, 36, berharap pihak berkuasa melakukan rondaan di situ bagi mencegah perbuatan tidak bermoral itu.


“Ia satu perkara yang tidak baik. Di sini kawasan riadah umum, sudah tentu semua orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak berada di sini.


“Perbuatan mereka yang melakukan maksiat sesuka hati boleh dilihat kanak-kanak dan ini contoh buruk kepada mereka,” katanya.


Petikan dari Harian Metro



Friday, 6 April 2012

Dekan Tersilap Kahwin Wanita Tiruan....huhuhu

Haiyo..apa sudah jadi.......sekali tgk memang cun giler...alih2....TIRUAN....bukan TULEN ...hehehe

Wednesday, 4 April 2012

Bubble Lady....

Salam Semua.....


Cer baca kisah pompuan ni..sian kan...takut tgk muka dia....ada gelembung2 mcm tu...dia yg menanggung sakit lagi la sian kan...jom baca kisah dia...


Kisah sedih Bubble Lady di Vietnam



Wanita berusia 35 tahun ini iaitu Thach Thi Sa Ly tinggal di kawasan luar bandar Vietnam di Delta Mekong, di mana beliau dikenali sebagai 'Bubble Lady' kerana keadaan perubatan yang pelik.

Ly mula tumbuh 'ketumbuhan gelembung' itu ketika dia berusia hanya setahun. Apabila dia membesar, ketumbuhan itu juga semakin menjadi-jadi tumbuh dan membesar saiz mereka. Keluarganya tidak mampu untuk membayar bantuan perubatan, jadi Ly terpaksa hanya tabah dan mempunyai ketulan aneh. Oleh kerana keadaan dirinya yang membuatkan Ly semakin menakutkan dan dijauhi orang lain, hilang pendidikan dan hanya tinggal dalam rumah.

Akhirnya selepas berdekad menanggung derita, ibu bapa Ly membawanya ke hospital di Wilayah Soc Trang, tetapi ahli perubatan bingung tidak dapat menentukan punca gelembung dan ketulan Ly dan memberitahunya untuk cuba di hospital Bandar Raya Ho Chi Minh. Malangnya keluarga itu terlalu miskin untuk membuat perjalanan dan keadaan Ly kekal tidak dikenal pasti dan dirawat.

Minggu ini akhbar Lao Dong di Vietnam menghubungi Ly dan keluarganya, tetapi selepas menemuduga Ly dan mengambil gambarnya, mereka tidak mempunyai apa-apa berita baik untuk menawarkan pada beliau.

Ly diberitahu bagaimana keadaan dirinya sama dengan dua orang pesakit lain yang mereka juga telah dihubungi, Nguyen Thi Dang, seorang wanita berusia 60 tahun di Wilayah Ha Nam, dan Nguyen Dinh Chieu, seorang lelaki berusia 50 tahun di Hanoi.

Doktor di Vietnam telah mengesahkan bahawa kedua-dua pesakit yang lain telah mengalami neurofibromatosis, satu keadaan genetik yang menyebabkan tumor benigna tumbuh di mana-mana bahagian badan.

Malangnya, tidak ada rawatan lagi bagi keadaan itu. Tumor boleh dikeluarkan, tetapi mereka mungkin tumbuh semula dan selalunya dalam jumlah yang lebih banyak.

[The Morning Starr - 3 Disember 2011]

Semoga Ly dapat menemui ubat yang mujarab untuk penyakitnya. Dan semoga ada tangan-tangan yang akan membantunya. Apa-apa pun, semoga dia mendapat yang terbaik dari Tuhan, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Bagaimana pula dengan ujian yang menimpa hidup anda? Adakah anda sentiasa mewah dan senang? Jangan terpedaya dengan dunia, kerana dunia adalah kesenangan yang menipu. Dan bagaimana kah kita menghadapi ujian yang menimpa kita? Adakah kita semakin ingat dan patuh pada Allah Ta'ala? Alhamdulillah.  Atau kita semakin jauh dariNya?  Na'uzubillahi min zaalik.

Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim : 7)

Bersyukur ialah dengan kita semakin berterima kasih, ingat dan taat pada Allah, bukannya semakin lalai, banyak berhibur, banyak lakukan maksiat, dan seumpamanya .......